* hai kawan kawan ! :>>
assalamualaikum buat follower saya yang sedang membaca entry saya sekarang ni :D saya amat berbesar hati kerana anda semua sudi membaca kisah saya dan rasa saya yang saya kongsikan bersama. # ayat macam nak buat ucapan dekat pertandingan syarahan je kan ? hee :D
sepanjang bergelar budak lepasan SPM ni, macam macam yang saya dah buat tau.
seperti ini :
- kemas rumah
- basuh pinggan
- bergaduh dengan adik beradik
- tengok tv
- online fb
- bukak youtube
- keluar dengan ibu
- bangun seawal 3.00 pagi tolong ibu masak
- beronggeng dengan kawan kawan dekat metropoint, mid valley, mcdonald
- menggemukkan diri
lihat lah betapa lifeless nye saya ni. sungguh bosan aktiviti yang saya buat kan. kalau anda semua perasan kan, aktiviti seperti dibawah ni tak termasuk dalam list saya di atas nun kan.nak tahu tak kenapa dan mengapa ? tak nak tahu pun, saya nak bagitahu jugak !
- kemas bilik
- bersenam
sebabnya yang utama adalah MALAS ! hihi, dalam banyak banyak aktiviti kat dunia ni, tak tahu lah mengapa yang dua ni saya berasa amat amat malas nak buat walaupun saya tahu aktiviti ni baik untuk diri sendiri. haish, ape nak jadi ni FHATIN oi ?!
lepas habis je paper ekonomi asas hari tu, semangat nak kerja tu buakan main menari manari lagi di dalam diri saya ni. jadi saya buat keputusan nak CARI KERJA ! alhamdulillah, saya dapat peluang kerja dekat parkson jadi promoter tapi tiba tiba ibu tak bagi :( hurm, tape tape saya carik kerja lain. then, dapat tawaran kerja lagi lagi sekali tak diluluskan oleh ibuku yang comei tu. time tu memang KECEWA habis lah diri ini kan.tape tape, jangan mengalah fhatin, teruskan usaha !
pst,pst ! sebenarnyakannn, saya nak jadi cikgu tadika/taska.. ade tak taska/tadika yang nak amik budak lepasan SPM jadi teacher ? alaaaa, kite nak jadi teacher >,< !!
harap harap saya dapat kerja lepas ni dan dapat kelulusan daripada ibu jugak ;) doakan saya tau tau tau ! terima kasih :))) awak baik sangat ! iloveyou lah ! :*
okay, ini dulu ye untuk hari ni. nanti saya post entry baru okay :>
adios de amour !


