simple like A B C

My photo
assalamualaikum anda :> saya nur fhatin farhani bt yusri. saya adalah budak lepasan SPM dan akhirnya saya dah pencen dari menanam anggur kat rumah. yes ! saya dah dapat kerja. ouh, finally, tahniah dekat saya ;) seorang yang sangat rumit untuk difahami dan mudah didampingi ;) awak, awak, nak jadi kawan saya tak ? saya nak ! saya nak kawan dengan semua orang ! kata kata terakhir : saya tak kisah kalau nak bagi sedikit rasa sayang dekat kawan kawan kerana kita dianugerahkan dengan rasa sayang yang sebesar lautan ;*

Wednesday, 28 September 2011

apa ada dalam hati ?
tak ada apa apa.


mana pergi isi nya ?
dah lari.


kenapa lari ?
mungkin sebab takut.


takut ?
takut disakiti.


pernah terjadi ke ?
PERNAH.


teruk ke ?
cukup teruk untuk saya.


dah serik ?
ya ya ya ya.


# tak tahu lah apa yang dah jadi dengan saya ni.kenapa heartless ni ?
kenapa hati rasa kosong sangat.tak ada apa apa.
hati saya ni dah keras ke ? macam batu ?
seriously,TAKNAK !
saya tak nak hati keras macam batu.
saya nak hati yang sentiasa tabah ,sabar dan redha dengan ketentuan ALLAH SWT.




sekarang,bila orang buat apa apa pun,dah tak ade rasa dah.
marah.geram.sabar.gembira.sekejap je rasanya kemudian hilang.
apa yang lama..perasaan yang kosong.
hmm.hati ni kalau boleh ketuk dan boleh mengeluarkan bunyi,mesti bunyi nya sebijik macam kita ketuk tin yang dah kosong.tak ada isi dalam.


'apa yang kau merepek ni fhatin ?!' 
 'tak tahu :( '


mungkin ni adalah petanda yang ALLAH bagi,menyuruh hambanya mendekatkan diri dengannya.cara ALLAH memberi tunjuk ajar kan berbeza beza.




'fhatin,ambik peluang ni dan jangan sia sia kan nya!'

'jangan nak buat andaian sendiri boleh tak'

'kau diam boleh tak ? jangan nak buat aku jadi jahat ea'

'aku budak baik tahu !'

'eleh,kau cakap je macam tu tapi kau tak buat pun.'

'kau jangan nak lemahkan semangat aku boleh tak ?!! pergi kau!kau jangan kacau aku lagi!aku benci kau !'

'fhatin,kuatkan iman jangan sampai terpedaya dengan kata kata jahat tu ye'

'saya sayang awak sangat sangat tahu.saya nak awak bahagia selalu'


insyaallah,insyaallah,insyaallah~
ALLAH mesti akan menolong hambanya yang berada dalam kesusahan kan.
saya percaya tu.

nur fhatin farhani = cahaya menarik,mempersonakan riang gembira.

terima kasih abah,terima kasih ibu sebab bagi angah nama yang sangat cantik.
angah suka sangat !

walaupun angah ni heartless,tapi dalam hati angah ALLAH, ABAH, IBU sentiasa ada.
angah bersyukur sangat sebab ALLAH tak keluarkan abah dengan ibu dari hati angah ni.

*saya akan berusaha untuk menjadi hambaNYA yang taat dan menjadi seorang anak yang berguna kepada abah dengan ibu saya.

tahu lah ayat dah selalu dengar kan.selalu orang cakap macam tu kalau pergi ceramah/seminar.tapi tu lah apa yang saya nak buat sekarang.

sentiasa percaya kepada ALLAH SWT